Nov 14, 2006
Pengukuran,Pengujian dan Penilaian

PENGUKURAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN

 

PENGENALAN

 

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan  yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran  yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

 

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru  apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan  mereka mengukur  prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai  makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

 

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

 

1.1    KONSEP PENGUJIAN, PENGUKURAN DAN  PENILAIAN

 

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaian  wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang dijalankan melibatkan penentuan objektif, mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik  dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian.

 

Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sain perlakuan, sains kemasyarakatan bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut,  konsep penilaian  telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti  pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan  pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan  kepada pemboleh ubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

 

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan  yang utama  perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin  taraf bacaan  murid di sekolah rendah dengan berpendapat  taraf bacaan  itu sudah tidak memuaskan  dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih  model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.

 

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan  anggaran dapat dibuat  sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti  yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya  dalam pendidikan,  masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti  menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.

 

Dalam membuat penilaian  anda mungkin  sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda  akan dapat merancang  langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

 

 

Apakah maksud pengujian?

 

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian  selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian  dapat dianggar   sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur  yang sistematik  bagi mengukur sampel  tingkah laku  atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

 

Menurut  Cronbach (1970), ujian  ialah satu prosedur yang sistematik  untuk memerhati  perlakuan atau tingkah laku seseorang individu  dan menghuraikan  dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk  ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)  dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ¡®ekstrovert¡¯ atau ¡®introvert¡¯ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

 

Kepentingan  pengujian  bagi mengukur perubahan tingkah laku  pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)  yang menegaskan bahawa:

 

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan  yang diperlihatkan oleh murid  di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya  akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

 

Hasil daripada  jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran  yang disebut sebagai  markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

 

Proses  pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti  pelaksanaan  (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan  pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat  mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya  telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

 

Apakah yang dimaksudkan pengukuran?

 

Pengukuran  membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan  penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan  tahap sejauh mana seseorang individu  memiliki sifat-sifat tertentu.

 

Biasanya kita mewakilkan  sesuatu indeks  berbentuk angka  kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili  sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus  dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

 

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif  menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor  atau markat yang diperolehi  dengan menggunakan proses tertentu.

 

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang  individu menggunakan  alat ukur yang tepat  seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang  mendapat skor 90 tidak boleh dianggap  mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu  dua kali angka 45. Manakala  seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai  tidak mempelajari sebarang  perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian  murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

 

Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

 

Apakah yang dimaksudkan penilaian?

 

Penilaian  ada suatu istilah yang boleh didefinisikan  dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.  Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai  ¡°the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives¡±. Definisi ini  menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

 

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data  bagi menentukan  sama ada  sesuatu objektif  yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

 

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik  mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal  tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah  usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai  pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa  guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui  ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai  prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

 

Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan  dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan  dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan  dalam kaedah  yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

 

Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti  dalam rajah di bawah:

 

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.  Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan  maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

 

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian  dan penilaian amat penting  malah sama pentingnya  dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.2    ARAS UKURAN

 

Secara umumnya, terdapat  pelbagai bentuk  system pengukuran yang berbeza. Misalnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza dengan pengukuran yang digunakan untuk mengetahui tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga  membuat pengelasan darjah motivasi  sebagai bermotivasi tinggi, sederhana atau rendah tidaklah setepat  dengan pengukuran yang menggunakan skor  sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan  kuantitatif  pemboleh ubah ini  melibatkan system dan proses pengukuran yang menggunakan skala tertentu.  Pada umumnya terdapat dua jenis pemboleh ubah asas dalam pengukuran iaitu: (i) Jenis kuantitatif dan (ii) Jenis kategori. Kedua-dua  jenis tersebut  boleh diukur dengan menggunakan  empat jenis skala  yang biasa digunakan, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah.

 

1.2.1 Skala Nominal

 

Skala nominal  ialah skala yang dianggap paling mudah  dan mempunyai ketepatan yang paling rendah  sebagai bentuk pengukuran. Skala ini mengkategorikan  pemboleh ubah berdasarkan  persamaan  dan seterusnya memberikan  nama kepada  pemboleh ubah berkenaan. Misalnya, guru ingin mengelaskan kategori murid-murid mengikut kumpulan etnik atau mengelompokkan murid mengikut kumpulan jantina. Guru berkenaan perlu  meletakkan nilai tertentu kepada setiap pemboleh ubah tersebut sebagai mewakili  kumpulan berkenaan. Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, Cina diwakili nombor 2, India nombor 3 dan nombor 4 bagi  etnik yang lain. Nombor  I dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil jika dibandingkan dengan nombor 2,3 dan 4. kita boleh menukargantikan nombor berkenaan kepada kategori yang lain. Misalnya, 4 untuk Melayu, 3 untuk Cina, 2 untuk India dan 1 untuk lain-lain etnik.

 

Nombor yang diberikan itu hanyalah mewakili atau melambangkan  sesuatu pemboleh ubah yang dinyatakan. Apabila nombor yang digunakan untuk melambangkan orang atau objek dan nombor ini sebenarnya tidak  mempunyai  sebarang hubungan dalaman antara satu sama lain dari segi nilai. Ini disebut sebagai skala nominal.

 

Tiga ciri utama skala nominal, iaitu:

 

i.                     setiap data hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja. Individu yang berada dalam kelompok Melayu tidak boleh menjadi individu dalam kelompok betnik yang lain.

ii.                   Kategori atau nombor yang mewakili setiap data tidak mempunyai susunan pemeringkatan data tetapi dianggap sebagai setara.

iii.                  Perubahan data asal kepada data nominal atau kategori bersifat satu sama satu.

 

1.2.2 Skala Ordinal

 

Pengukuran bersifat ordinal pula ialah data yang menunjukkan urutan atau pangkat. Data disusun sama ada daripada  yang rendah kepada  yang tinggi atau daripada  yang lemah kepada yang  cemerlang. Nombor atau kategori yang digunakan menggambarkan maklumat asal pemboleh ubah yang menunjukkan susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada  kategori yang lebih baik. Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan pangkatan atau kedudukan pelajar dalam bilik darjah adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markat keseluruhan yang tinggi diberikan  nombor 1, diikuti norbor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Pada umumnya skala ordinal hanya  mampu  membezakan kategori dan nilai susunan secara pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal seperti skala Likert.

 

Ciri-ciri utama skala ordinal seperti berikut:

 

i.                     kategori yang digunakan bagi mengelaskan data bersifat saling eksklusif.

ii.                   Data yang digunakan menunjukkan pemeringkatan secara logik.

iii.                  Data mempunyai pemberat. Setiap kategori  mempunyai pemberatan yang lebih berbanding kategori yang lain.

 

1.2.3 Skala Sela

 

skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai urutan atau pangkat serta anggapan bahawa perbezaan antara sela wujud. Setiap skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala ini berupaya  menunjukkan perbezaan  antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan  kesamaan dalam unit pengukuran  yang digunakan. Contoh pengukuran skala sela ialah pengukuran suhu. Misalnya perbezaan darjah suhu antara 25¢ªC  dengan 35¢ªC  adalah sama dengan perbezaan darjah suhu antara  15¢ªC hingga 25¢ªC. Kedua-dua perbezaan berkenaan menunjukkan  perbezaan 10¢ª.

 

Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin yang sewenang-wenangnya. Ini bermaksud  skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur.

 

Contoh lain, andai kata  terdapat enam orang pelajar yang diukur pencapaiannya pada skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar  A dengan C adalah sama dengan  F dan  D. walau bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan pencapaian F dua kali lebih baik daripada D. hal ini disebabkan bukan kuantiti yang ditambah atau ditolak, tetapi  perkiraan adalah berdasarkan selak atau jarak tersebut.

 

Dalam skala sela, nilai kosong (O) atau sifar adalah merupakan suatu nilai. Nilai O adalah suatu yang arbitrari dan  tidak menggambarkan  bahawa ciri kuantiti sebagai kosong  atau tidak ada nilai secara mutlak. Misalnya, suhu O¢ªC mempunyai nilai permulaan sistem pengukuran suhu. Suhu O¢ª C  di sini masih membawa makna suhu masih boleh turun di bawah takat tersebut dan bukan  bermakna tidak ada darjah kepanasan.

 

Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:

 

i.                     kategori yang digunakan bagi mengelaskan data sela bersifat  saling eksklusif.

ii.                   Data yang digunakan menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.

iii.                  Nilai atau skor yang digunakan mempunyai pemberat. Satu nilai dikatakan lebih besar atau lebih kecil daripada lainnya.

iv.                 Nilai dalam skala sela adalah arbitrari. Nilai O adalah satu bentuk nilai dalam skala jenis ini.

v.                   Persamaan perbezaan digambarkan dalam nilai nombor yang digunakan bagi menggambarkan perbezaan.

 

1.2.4 Skala Nisbah

 

Skala  keempat ialah skala nisbah. Skala ini mempunyai semua sifat jenis sela dan mempunyai mutlak nilai kosong. Dalam skala nisbah nilai kosong  tidak bersifat arbitrari. Misalnya perbezaan antara  30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). Nombor dalam skala nisbah ini menunjukkan jumlah atau ciri sebenar yang diukur. Contoh skala nisbah seperti umur, ketinggian dan jarak.

 

Jadual di bawah menunjukkan sifat keempat-empat skala pengukuran  berkenaan.

 

 

Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar  dibuat garisan antara  data jenis  ordinal dan sela. Misalnya dalam ukuran data yang menggunakan skala Likert, anggapan yang keterlaluan ialah data ini tergolong dalam data jenis ordinal. Apabila hanya menganggap skala ini terhad kepada  berbentuk ordinal akan menyebabkan pengehadan kepada analisis data yang dapat dibuat. Analisis data begini tidak dapat menggunakan analisis varians bagi membandingkan nilai min kumpulan.

 

Kesimpulannya, setiap jenis skala mempunyai maklumat yang berbeza. Skala nisbah memberikan  sejumlah maklumat yang lebih banyak daripada skala sela. Skala sela pula dapat memberikan maklumat yang lebih daripada skala ordinal. Begitu juga dengan skala ordinal lebih memberikan maklumat daripada skala nominal. Penyusunan data akan mempengaruhi  jenis analisis statistik yang bakal dijalankan. Perhubungan atau hierarki keempat-empat skala ukuran  dapat ditunjukkan dalam  rajah di bawah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TUJUAN PENILAIAN DI BILIK DARJAH

 

Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya  dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah untuk meningkatkan atau memperbaiki  pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar  kepada guru pelajar serta ibu bapa  malah  kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri apabila memberikan maklumat yang tepat dan berkesan.

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat dijadikan asa kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa tujuan seperti untuk tujuan diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan, menempatkan serta memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar.

 

Diagnosis

Posted at 05:54 am by ismailwasi06
Comments (19)  

Penilaian dan Pengukuran dalam PTV

Pengenalan

 

Dalam menempuh kehidupan seharian, kita seringkali berhadapan dengan apa yang dikatakan sebagai pengujian, pengukuran dan penilaian dalam semua keadaan  yang memerlukan kita membuat sesuatu pertimbangan atau keputusan. Guru perlu membuat pertimbangan atau keputusan berhubung dengan pelajar dalam bilik darjah kendaliannya tentang pengajaran dan pembelajaran  yang berlangsung. Apakah telah mencapai objektif yang telah ditetapkan atau memerlukan tindakan pengulangan semula dan sebagainya.

 

Pengujian, pengukuran dan penilaian adalah antara beberapa konsep penting dalam dunia pendidikan. Sering kali istilah ini bertukar ganti digunakan. Misalnya, sesetengah guru  apabila mengedarkan kertas ujian, mereka mungkin mengatakan  mereka mengukur  prestasi pelajar atau menilai prestasi pelajar dalam sesebuah bilik darjah tanpa mengambil hirau maksud sebenar atau maksud khusus yang mendukung istilah berkenaan. Secara khususnya, ketiga-tiga istilah berkenaan mempunyai  makna yang lebih spesifik dan ketiga-tiganya mempunyai perbezaan.

 

Dalam dunia pendidikan, penilaian yang sistematik, dengan mengambil kira semua faktor yang boleh mempengaruhi maklumat atau dapatan yang diperolehi akan membantu guru dalam membuat sebarang keputusan yang tepat.

 

1.1    Konsep Pengujian, Pengukuran Dan  Penilaian

 

Sebagai insan yang hidup di muka bumi ini, kita tidak lari dalam membuat keputusan. Dalam membuat sebarang keputusan tersebut sama ada mudah atau sukar, penilaian  wajar dilakukan terlebih dahulu. Dalam konteks ini penilaian yang dijalankan melibatkan penentuan objektif, mendapat maklumat, memproses maklumat dan membuat kesimpulan serta keputusan. Apabila proses yang dijalankan itu dijalankan secara sistematik  dan saintifik, maka keputusan yang diperolehi lebih tepat dan seterusnya tindakan yang diambil benar-benar bersesuaian.

 

Sebenarnya aktiviti penilaian dalam bidang sain perlakuan, sains kemasyarakatan bermula dengan percubaan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet dengan mengukur kebolehan individu. Bermula dengan kajian tersebut,  konsep penilaian  telah berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti  pengukuran (measurement), penilaian (evaluation) dan  pentaksiran (assessment). Dalam pengukuran, individu didedahkan  kepada pemboleh ubah yang sama dalam keadaan terkawal. Sebagai contoh pengukuran yang dijalankan bagi menguji kecerdasan kanak-kanak melalui ujian oleh Stanford-Binet, Raven-Matrices, Weschler dan A.C.E.R.

 

Apabila sesuatu penilaian ingin dijalankan, sekurang-kurangnya dua keputusan  yang utama  perlu diambil. Pertama, berkaitan dengan sebab ataupun tujuan penilaian dijalankan. Misalnya ingin  taraf bacaan  murid di sekolah rendah dengan berpendapat  taraf bacaan  itu sudah tidak memuaskan  dan satu tindakan yang baru perlu diambil. Kedua, berkait dengan pemilihan model, alat-alat prosedur menjalankan dan cara penganalisisan. Seseorang penilai akan memilih  model yang dirasai dapat memberikan maklumat yang lengkap kepadanya.

 

Penilaian adalah konsep yang telah digunakan dalam pelbagai bidang. Penilaian dilakukan kerana mempunyai matlamat tersendiri. Dengan mengadakan penilaian akan membolehkan  anggaran dapat dibuat  sama ada matlamat yang telah ditetapkan itu tercapai atau sebaliknya. Penilaian juga dapat dianggap sebagai satu cara mendapatkan bukti  yang tepat tentang sesuatu. Maklumat dan bukti ini amat penting dalam menyelesaikan sebarang masalah yang timbul. Misalnya  dalam pendidikan,  masalah yang dapat diselesaikan ialah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan seperti  menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M) kepada murid sekolah rendah.

 

Dalam membuat penilaian  anda mungkin  sering kali berhadapan dengan pelbagai masalah. Misalnya tentang persoalan yang ingin diselesaikan, apakah bukti yang mencukupi atau bagaimana cara mendapatkan maklumat, siapa yang perlu mendapatkan maklumat dan sebagainya. Dengan memahami konsep pengujian, pengukuran dan penilaian anda  akan dapat merancang  langkah-langkah dengan lebih teratur dan sistematik bagi mendapatkan maklumat yang tepat.

 

 

Apakah Yang Dimaksudkan Pengukuran?

 

Pengukuran  membawa maksud yang lebih luas berbanding dengan pengujian. Pengukuran membawa definisi sebagai suatu proses mendapatkan  penjelasan secara numerik atau melalui angka tentang sebanyak mana individu atau murid mempunyai sesuatu ciri yang diukur dengan menggunakan instrumen. Atau dalam erti kata lain langkah menentukan  tahap sejauh mana seseorang individu  memiliki sifat-sifat tertentu.

 

Biasanya kita mewakilkan  sesuatu indeks  berbentuk angka  kepada prestasi seseorang individu supaya status individu berkenaan lebih tepat dan dapat mewakili  sifat tertentu. Misalnya, Ramli mendapat markah 60 peratus  dalam ujian Matematik. Kita tidak menyatakan prestasi Ramli berkenaan sama ada baik atau sebaliknya. Dalam hal ini, kita hanya mengukur tanpa menentukan nilai. Justeru, pengukuran adalah hanya penentuan status atau tahap.

 

Pengukuran boleh dilaksanakan tanpa pengujian. Sebagai contoh, proses mendapatkan maklumat berbentuk kuantitatif  menggunakan proses pencerapan atau penggunaan skala pemeringkatan. Berbeza dengan pengujian yang ingin mendapatkan maklumat sebanyak mana prestasi yang diperolehi, pengukuran pula menjurus kepada banyak mana skor  atau markat yang diperolehi  dengan menggunakan proses tertentu.

 

Seperti pengujian, pengukuran juga tidak bersifat mutlak. Pengukuran ketinggian mental seseorang individu sudah tentu lebih sukar dan tidak dapat dilakukan dengan tepat berbanding pengukuran ketinggian fizikal seseorang  individu menggunakan  alat ukur yang tepat  seperti penggunaan pembaris. Misalnya, seseorang murid yang  mendapat skor 90 tidak boleh dianggap  mengetahui dua kali ganda murid yang mendapat skor 45 walaupun skor 90 itu  dua kali angka 45. Manakala  seseorang yang mendapat skor sifar pula tidak juga boleh dianggap sebagai  tidak mempelajari sebarang  perkara atau tidak memahami sebarang perkara tentang sesuatu pelajaran yang dilalui. Ini jelas menunjukkan pengukuran aspek berkenaan bukanlah petunjuk yang tepat sebagaimana mengukur ketinggian  murid menggunakan kayu ukur atau pembaris.

 

Dengan itu, seseorang guru harus menggunakan instrumen yang tepat bagi menghasilkan keputusan yang tepat. Jika instrumen yang digunakan mempunyai kecacatan, maka sudah pastilah hasil yang diperolehi daripada ukuran yang dijalankan itu juga tidak tepat.

 

Apakah Yang Dimaksudkan Penilaian?

 

Penilaian  ada suatu istilah yang boleh didefinisikan  dengan banyak cara. Menilai boleh dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau membuat keputusan dalam memberikan nilai mutu, kualiti, harga bagi sesuatu benda atau perkara.  Stufflebeam et al. (1971:xxv) menyatakan penilaian sebagai  the process of delineating, obtaining, and providing useful information for judging decision alternatives”. Definisi ini  menjangkau melepasi daripada maksud pengujian dan pengukuran.

 

Gay (1985) berpendapat bahawa penilaian ialah satu proses yang dianggap sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data  bagi menentukan  sama ada  sesuatu objektif  yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Hal ini seterusnya bagi membolehkan guru dapat membuat pertimbangan atau keputusan yang tepat berhubung pengajaran dan pembelajaran. Ini berbeza dengan pengukuran yang melibatkan pemberian nombor-nombor (numeric) tertentu yang lebih bersifat kuantitatif.

 

Terdahulu daripada itu, Popham (1975) menafsirkan penilaian yang sistematik  mestilah mengandungi satu tafsiran yang formal  tentang nilai fenomena pendidikan. Secara menyeluruh, penilaian pendidikan mencakupi aspek-aspek seperti hasil pengajaran, program pengajaran dan matlamat ke arah  usaha pengajaran itu ditentukan. Dalam sesuatu bilik darjah, apabila guru memberikan ujian, adakah guru berkenaan mengukur pencapaian pelajar atau guru menilai  pencapaian pelajar. Dalam keadaan ini kita boleh mengatakan bahawa  guru sebenarnya mengukur pencapaian pelajar melalui  ujian yang dijalankan. Tindakan susulan yang dilakukan guru dengan menggunakan keputusan ujian itu berserta maklumat lain yang berkaitan untuk menilai  prestasi murid berkenaan. Dalam sesetengah keadaan penilaian dibuat tanpa sebarang pengukuran yang melibatkan ujian terlebih dahulu; tetapi hanya melibatkan pertimbangan nilai semata-mata.

 

Dengan itu menunjukkan bahawa penilaian boleh dijalankan  dengan menggunakan maklumat atau data yang berbentuk kuantitatif atau data berbentuk kualitatif atau melibatkan kedua-duanya sekali. Secara kuantitatif, maklumat yang diperolehi melalui penilaian dinyatakan  dalam bentuk angka dan maklumat ini boleh disusun, dikemaskinikan serta diringkaskan  dalam kaedah  yang lebih mudah difahami. Manakala secara kualitatif pula, maklumat yang dapat dinyatakan atau dihuraikan tanpa menggunakan nombor-nombor. Misalnya Ali menyelesaikan tugas yang diberikan oleh guru dengan bersih.

 

Secara ringkasnya, prosedur penilaian penilaian mengandungi aspek pengujian, pengukuran, penganalisisan serta merumuskan data yang diperolehi. Prosedur penilaian boleh dilaksanakan dalam lima peringkat seperti  dalam rajah di bawah:

 

Dalam konteks sekarang istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan penaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim.  Pentaksiran melibatkan proses membuat keputusan berdasarkan kepada suatu peraturan atau piawaian. Pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran. Dalam konteks pendidikan juga pentaksiran dianggap sebagai suatu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemahkan  maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2000). Hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Skor mestilah sah dan boleh dipercayai untuk memastikan keadilan kepada murid serta mengekalkan kewibawaan institusi pentaksiran.

 

Kesimpulannya, dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan adalah melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan oleh guru di bilik darjah. Justeru, kecekapan guru dalam membangunkan instrumen pengujian  dan penilaian amat penting  malah sama pentingnya  dengan penguasaan guru terhadap kurikulum yang diajar bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

1.2    Aras Ukuran

 

Secara umumnya, terdapat  pelbagai bentuk  system pengukuran yang berbeza. Misalnya, pengukuran yang digunakan untuk mengukur pencapaian akademik pelajar adalah berbeza dengan pengukuran yang digunakan untuk mengetahui tahap apresiasi agama pelajar. Begitu juga  membuat pengelasan darjah motivasi  sebagai bermotivasi tinggi, sederhana atau rendah tidaklah setepat  dengan pengukuran yang menggunakan skor  sebenar motivasi pelajar. Penyataan dan pengkelasan  kuantitatif  pemboleh ubah ini  melibatkan system dan proses pengukuran yang menggunakan skala tertentu.  Pada umumnya terdapat dua jenis pemboleh ubah asas dalam pengukuran iaitu: (i) Jenis kuantitatif dan (ii) Jenis kategori. Kedua-dua  jenis tersebut  boleh diukur dengan menggunakan  empat jenis skala  yang biasa digunakan, iaitu skala nominal, ordinal, sela dan nisbah.

 

1.2.1 Skala Nominal

 

Skala nominal  ialah skala yang dianggap paling mudah  dan mempunyai ketepatan yang paling rendah  sebagai bentuk pengukuran. Skala ini mengkategorikan  pemboleh ubah berdasarkan  persamaan  dan seterusnya memberikan  nama kepada  pemboleh ubah berkenaan. Misalnya, guru ingin mengelaskan kategori murid-murid mengikut kumpulan etnik atau mengelompokkan murid mengikut kumpulan jantina. Guru berkenaan perlu  meletakkan nilai tertentu kepada setiap pemboleh ubah tersebut sebagai mewakili  kumpulan berkenaan. Misalnya, etnik Melayu diwakili nombor 1, Cina diwakili nombor 2, India nombor 3 dan nombor 4 bagi  etnik yang lain. Nombor  I dalam sistem ini tidaklah menunjukkan bilangan yang kecil jika dibandingkan dengan nombor 2,3 dan 4. kita boleh menukargantikan nombor berkenaan kepada kategori yang lain. Misalnya, 4 untuk Melayu, 3 untuk Cina, 2 untuk India dan 1 untuk lain-lain etnik.

 

Nombor yang diberikan itu hanyalah mewakili atau melambangkan  sesuatu pemboleh ubah yang dinyatakan. Apabila nombor yang digunakan untuk melambangkan orang atau objek dan nombor ini sebenarnya tidak  mempunyai  sebarang hubungan dalaman antara satu sama lain dari segi nilai. Ini disebut sebagai skala nominal.

 

Tiga ciri utama skala nominal, iaitu:

 

i.                     setiap data hanya dimiliki oleh satu kategori sahaja. Individu yang berada dalam kelompok Melayu tidak boleh menjadi individu dalam kelompok betnik yang lain.

ii.                   Kategori atau nombor yang mewakili setiap data tidak mempunyai susunan pemeringkatan data tetapi dianggap sebagai setara.

iii.                  Perubahan data asal kepada data nominal atau kategori bersifat satu sama satu.

 

1.2.2 Skala Ordinal

 

Pengukuran bersifat ordinal pula ialah data yang menunjukkan urutan atau pangkat. Data disusun sama ada daripada  yang rendah kepada  yang tinggi atau daripada  yang lemah kepada yang  cemerlang. Nombor atau kategori yang digunakan menggambarkan maklumat asal pemboleh ubah yang menunjukkan susunan daripada kecil kepada yang besar atau daripada kategori yang baik kepada  kategori yang lebih baik. Misalnya, nombor 1, 2, 3, 4 yang menunjukkan pangkatan atau kedudukan pelajar dalam bilik darjah adalah contoh skala ordinal. Pelajar yang mendapat markat keseluruhan yang tinggi diberikan  nombor 1, diikuti norbor 2, 3, 4 dan seterusnya. Ini menunjukkan nombor 1 adalah lebih baik daripada nombor 2, 3 4 dan berikutnya. Pada umumnya skala ordinal hanya  mampu  membezakan kategori dan nilai susunan secara pemeringkatan. Contoh lain skala ordinal seperti skala Likert.

 

Ciri-ciri utama skala ordinal seperti berikut:

 

i.                     kategori yang digunakan bagi mengelaskan data bersifat saling eksklusif.

ii.                   Data yang digunakan menunjukkan pemeringkatan secara logik.

iii.                  Data mempunyai pemberat. Setiap kategori  mempunyai pemberatan yang lebih berbanding kategori yang lain.

 

1.2.3 Skala Sela

 

skala ketiga ialah skala jenis sela. Data jenis ini mempunyai urutan atau pangkat serta anggapan bahawa perbezaan antara sela wujud. Setiap skala berkenaan mempunyai jarak yang sama. Skala ini berupaya  menunjukkan perbezaan  antara beberapa kategori dan ia boleh menunjukkan  kesamaan dalam unit pengukuran  yang digunakan. Contoh pengukuran skala sela ialah pengukuran suhu. Misalnya perbezaan darjah suhu antara 25˚C  dengan 35˚C  adalah sama dengan perbezaan darjah suhu antara  15˚C hingga 25˚C. Kedua-dua perbezaan berkenaan menunjukkan  perbezaan 10˚.

 

Skala sela memberikan sela yang sama daripada titik origin yang sewenang-wenangnya. Ini bermaksud  skala sela mempunyai ciri-ciri nominal dan ordinal, terutamanya ciri-ciri aspek pangkatan. Jarak numerik yang sama di atas skala sela menggambarkan jarak yang sama pada ciri-ciri yang diukur.

 

Contoh lain, andai kata  terdapat enam orang pelajar yang diukur pencapaiannya pada skala sela, maka perbezaan pencapaian antara pelajar  A dengan C adalah sama dengan  F dan  D. walau bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan pencapaian F dua kali lebih baik daripada D. hal ini disebabkan bukan kuantiti yang ditambah atau ditolak, tetapi  perkiraan adalah berdasarkan selak atau jarak tersebut.

 

Dalam skala sela, nilai kosong (O) atau sifar adalah merupakan suatu nilai. Nilai O adalah suatu yang arbitrari dan  tidak menggambarkan  bahawa ciri kuantiti sebagai kosong  atau tidak ada nilai secara mutlak. Misalnya, suhu O˚C mempunyai nilai permulaan sistem pengukuran suhu. Suhu O˚ C  di sini masih membawa makna suhu masih boleh turun di bawah takat tersebut dan bukan  bermakna tidak ada darjah kepanasan.

 

Ciri-ciri skala sela adalah seperti berikut:

 

i.                     kategori yang digunakan bagi mengelaskan data sela bersifat  saling eksklusif.

ii.                   Data yang digunakan menggambarkan susunan pemeringkatan secara logik.

iii.                  Nilai atau skor yang digunakan mempunyai pemberat. Satu nilai dikatakan lebih besar atau lebih kecil daripada lainnya.

iv.                 Nilai dalam skala sela adalah arbitrari. Nilai O adalah satu bentuk nilai dalam skala jenis ini.

v.                   Persamaan perbezaan digambarkan dalam nilai nombor yang digunakan bagi menggambarkan perbezaan.

 

1.2.4 Skala Nisbah

 

Skala  keempat ialah skala nisbah. Skala ini mempunyai semua sifat jenis sela dan mempunyai mutlak nilai kosong. Dalam skala nisbah nilai kosong  tidak bersifat arbitrari. Misalnya perbezaan antara  30 hingga 60 adalah sama dengan perbezaan 60 hingga 90. malah kita boleh mengatakan 90 adalah dua kali ganda 45 (2 X 45 = 90). Nombor dalam skala nisbah ini menunjukkan jumlah atau ciri sebenar yang diukur. Contoh skala nisbah seperti umur, ketinggian dan jarak.

 

Jadual di bawah menunjukkan sifat keempat-empat skala pengukuran  berkenaan.

 

 

Pengukuran tingkah laku dalam bidang psikologi kadang kala agak sukar  dibuat garisan antara  data jenis  ordinal dan sela. Misalnya dalam ukuran data yang menggunakan skala Likert, anggapan yang keterlaluan ialah data ini tergolong dalam data jenis ordinal. Apabila hanya menganggap skala ini terhad kepada  berbentuk ordinal akan menyebabkan pengehadan kepada analisis data yang dapat dibuat. Analisis data begini tidak dapat menggunakan analisis varians bagi membandingkan nilai min kumpulan.

 

Kesimpulannya, setiap jenis skala mempunyai maklumat yang berbeza. Skala nisbah memberikan  sejumlah maklumat yang lebih banyak daripada skala sela. Skala sela pula dapat memberikan maklumat yang lebih daripada skala ordinal. Begitu juga dengan skala ordinal lebih memberikan maklumat daripada skala nominal. Penyusunan data akan mempengaruhi  jenis analisis statistik yang bakal dijalankan. Perhubungan atau hierarki keempat-empat skala ukuran  dapat ditunjukkan dalam  rajah di bawah.

 

 

Apakah Maksud Pengujian?

 

Antara ketiga-tiga istilah berkenaan, pengujian  selalunya dianggap mendukung maksud yang lebih sempit atau khusus. Pengujian  dapat dianggar   sebagai proses penyerahan set soalan yang standard yang perlu dijawab, atau satu set instrumen atau satu prosedur  yang sistematik  bagi mengukur sampel  tingkah laku  atau perubahan seseorang individu atau pelajar.

 

Menurut  Cronbach (1970), ujian  ialah satu prosedur yang sistematik  untuk memerhati  perlakuan atau tingkah laku seseorang individu  dan menghuraikan  dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori. Misalnya, skala bernombor seperti angka 30/100 untuk  ujian penglihatan, 100 untuk ujian darjah kecerdasan (IQ Test)  dan 80/100 bagi ujian pencapaian bagi sesuatu mata pelajaran seperti Sains. Manakala contoh sistem berkategori pula seperti ‘ekstrovert’ atau ‘introvert’ bagi ujian personaliti, atau rabun warna bagi ujian penglihatan.

 

Kepentingan  pengujian  bagi mengukur perubahan tingkah laku  pelajar seperti yang dinyatakan di atas, dikukuhkan oleh Milagros (1981) seperti yang dipetik dalam Raminah Haji Sabran (1991)  yang menegaskan bahawa:

 

Ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contohan perlakuan  yang diperlihatkan oleh murid  di dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperolehi daripadanya  akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. (Raminah 1991:2)

 

Hasil daripada  jawapan yang diberikan yang diberikan oleh pelajar, satu ukuran  yang disebut sebagai  markat akan diberikan kepada individu berkenaan. Pengujian menjelaskan keadaan berapa baguskah prestasi murid yang diuji.

 

Proses  pengujian lazimnya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti  pelaksanaan  (pentadbiran ujian) dan berakhir dengan  pemeriksaan skrip jawapan. Melalui proses pengujian inilah seseorang guru dapat  mengetahui sama ada pelajar-pelajarnya  telah menguasai sebanyak mana kemahiran yang telah dipelajari.

 

Mengapa Mengukur Dan Menilai

 

Penilaian dan pengujian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran adalah sama pentingnya  dengan proses pengajaran. Matlamat utama penilaian dijalankan ialah untuk meningkatkan atau memperbaiki  pembelajaran. Sekiranya ditinjau dari aspek yang lebih luas, penilaian yang dijalankan memberi manfaat besar  kepada guru pelajar serta ibu bapa  malah  kepada pihak sekolah serta kementerian sendiri apabila memberikan maklumat yang tepat dan berkesan.

 

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan dapat dijadikan asa kepada guru untuk membuat keputusan berhubung dengan aktiviti  pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Sepanjang guru mengajar, beliau akan menggunakan maklumat yang diperolehi bagi membuat keputusan yang perlu bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.

 

Bagi memudahkan pemahaman anda, tujuan atau kepentingan penilaian dalam pendidikan khususnya dalam bilik darjah ini dijelaskan kepada beberapa tujuan seperti untuk tujuan diagnosis, melihat pencapaian, membuat pemilihan, menempatkan serta memberikan bimbingan kaunseling kepada pelajar.

 

Diagnosis

 

Pengujian dan penilaian yang dijalankan oleh guru dalam bilik darjah akan dapat  memberikan maklum balas  kepada guru berhubung  tahap penguasaan pelajar terhadap sesuatu kemahiran yang telah disentuh dalam bilik darjah serta meninjau masalah yang timbul dalam sesi pengajaran pembelajaran yang berlangsung. Dengan itu guru dapat mengenal pasti tahap kemajuan seseorang murid dalam bilik darjah tersebut sama ada  pada tahap yang sangat memuaskan, sederhana, lemah atau tidak ada sebarang kemajuan langsung.  Daripada penilaian yang dijalankan juga guru dapat mengenal pasti  murid yang cergas, yang memerlukan aktiviti pengayaan dan murid yang lemah yang memerlukan aktiviti pengayaan. Guru juga akan membuat keputusan sama ada untuk mengubah strategi pengajaran agar lebih bersesuaian dengan keperluan murid atau mengulang menggunakan strategi sama dan sebagainya.

 

Penilaian dan pengujian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung akan memperlihatkan  kemajuan pelajar dalam jangka masa tertentu. Pengesanan tahap kemajuan yang berterusan ini akan memungkinkan guru mengetahui masalah  yang dihadapi oleh pelajar. Adakah murid mempunyai masalah dalam mempelajari dan menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar dalam bilik darjah? Sekiranya  menghadapi masalah, guru akan menyelidiki aspek atau kemahiran  yang menimbulkan masalah kepada murid-murid dan mengenal pasti punca masalah tersebut berlaku. Maklumat berkenaan amat perlu kepada guru  bagi menyediakan latihan yang khusus atau pemerhatian yang lebih kepada murid-murid berkenaan supaya  kelemahan atau masalah yang dihadapi dapat diatasi. Tanpa penilaian dan pengujian yang dijalankan,  murid-murid yang menghadapi masalah sukar dibantu dan akibatnya mereka akan terus ketinggalan dari arus perdana persekolahan.

 

1.2.1        Pencapaian

 

Proses penilaian dan pengujian yang dijalankan  pada peringkat akhir sesi pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan maklumat tentang setakat mana penguasaan murid-murid tentang sesuatu kemahiran yang telah diajar. Selain penilaian yang dijalankan pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, proses penilaian yang dijalankan pada akhir sesuatu tempoh pengajian yang ditetapkan, misalnya  pada akhir tahun sesi persekolahan atau kepada pelajar Tahun 6 (UPSR), Tingkatan 3 (PMR) dan Tingkatan 5 (SPM) adalah bertujuan untuk  menentukan gred yang memperlihatkan tahap pencapaian secara keseluruhan  yang telah murid-murid atau pelajar-pelajar  kuasai. Penilaian pada peringkat ini lebih bercorak formal dengan memfokuskan kepada pemberian sijil atau anugerah atau pengiktirafan kepada pelajar hasil daripada pencapaian yang ditunjukkan oleh mereka dalam peperiksaan.

 

Hasil penilaian yang dijalankan akan memperlihatkan pencapaian pelajar mengikut gred yang telah ditetapkan sama ada cemerlang, sederhana atau gagal.  Guru akan dapat membezakan murid-murid yang  cemerlang, sederhana dan lemah berdasarkan keseluruhan prestasi pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diduduki.

 

1.2.2        Pemilihan dan Penempatan

 

Penilaian dan pengujian penting bermula sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran. Sebelum guru memulakan  pengajarannya dalam bilik darjah, perlu baginya  mengadakan penilaian  dan menguji murid-muridnya bagi meninjau sejauh manakah  murid-muridnya telah menguasai  sesuatu kemahiran atau ingin mendapatkan aspek-aspek yang akan dipelajari. Misalnya, seseorang guru Bahasa Melayu  yang akan mengajar  kepada penutur bukan asli bahasa Melayu, guru perlu  mengetahui aspek kemahiran manakah yang telah dikuasai oleh pelajar dari aspek tatabahasa, perbendaharaan kata dan sebagainya. Maklumat ini penting bagi guru  membuat keputusan dalam menentukan  peringkat yang bersesuaian  untuk memulakan pengajaran.

 

Di samping itu,  guru juga dapat  menentukan adakah semua murid  dapat dipilih serta dikelompokkan  dalam satu kumpulan yang besar berasaskan tahap penguasaan yang berbeza atau di kelompokan dalam kumpulan yang sama. Dalam suasana penguasaan yang berbeza, wajar bagi guru  menempatkan murid mengikut  tahap penguasaan masing-masing dan menumpukan pengajaran mengikut keperluan murid yang berbeza-beza. Keadaan ini menunjukkan tujuan penilaian dan pengujian yang dijalankan adalah  untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan sesuatu kemahiran.

Selain memulakan sesi pengajaran, tujuan penilaian juga ialah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut aliran tertentu. Misalnya, keputusan pelajar yang cemerlang dalam mata pelajaran sains memungkinkan ditempatkan dalam aliran sains atau mengikut kecenderungan seseorang murid berkenaan.

 

1.2.3        Bimbingan dan kaunseling

 

Hasil penilaian dan pengujian yang dijalankan juga dapat digunakan bagi keperluan bimbingan dan kaunseling kepada pelajar yang berkaitan. Setiap pelajar mempunyai motivasi untuk  belajar dan ia


Posted at 05:52 am by ismailwasi06
Comment (1)  

Keusahawanan

Mengapa Usahawan Gagal?

Walaupun berniaga sendiri banyak kelebihannya, ada sesetengah usahawan gagal menjalankan perniagaan mereka. Bab ini membincangkan secara ringkas beberapa faktor yang menyebabkan perniagaan gagal.


Antara faktor dan sebab mengapa usahawan gagal dijelaskan sebagaimana yang berikut.

- Gagal merancang dengan baik ataupun tidak tahu merancang. Mereka yang gagal merancang, sebenarnya merancang supaya gagal. Walaupun rancangan mungkin dibuat, ia tidak spesifik dan sekadar, "Saya mahu untung tahun ini!" Berapa sasaran untungnya dan bagaimana merealisasikannya, tidak ditetapkan. Akhirnya, impian jadi seperti angan-angan Mat Jenin.

-Gagal mengurus aliran tunai. Tiada catatan dan rekod transaksi yang membolehkan aliran wang keluar dan masuk diketahui dengan tepat dan dipantau. Sesetengah usahawan berpendapat, wang masuk adalah keuntungan dan sebagai pemilik perniagaan, mereka berhak membelanjakan wang bagi apa saja tujuan, termasuk perkara yang tidak menguntungkan perniagaan.

-Suka bertangguh. Sikap ini pada awalnya mungkin tidak memberikan masalah besar, tetapi apabila dibiarkan, ia memberi kesan pada pengurusan perniagaan. Dokumen jadi bertimbun kerana lewat diproses, masa terbuang dengan mencari maklumat dan akhirnya keputusan yang dibuat adalah tidak tepat serta merugikan perniagaan.

-Mengambil mudah aspek persaingan. Usahawan mengambil pendirian, 'rezeki secupak tidak akan jadi segantang'. Mereka juga terlalu yakin dengan kelebihan diri kerana sudah lama bertapak dan dikenali ramai, tidak berusaha supaya terus berdaya saing serta tiada usaha mempembaharui dan mengunikkan produk dan perkhidmatan.

-Strategi pemasaran yang tidak berkesan. Strategi pemasaran yang digunakan tidak berkesan bagi menarik pelanggan. Malah, ianya tidak berjaya mengekalkan pelanggan yang sedia ada. Pelanggan lebih tertarik dengan pesaing yang strategi pemasarannya jauh lebih berkesan.

-Khidmat pelanggan yang tidak cekap. Usahawan hanya memikirkan bagaimana mendapatkan pelanggan tetapi tidak memikirkan cara mengekalkan pelanggan. Hakikatnya, mengekalkan pelanggan adalah lebih sukar daripada mendapatkan pelanggan.

-Pekerja tidak cekap dan tidak amanah. Pekerja diambil tidak berdasarkan kemahiran dan sikap yang betul. Usahawan tidak membuat pelaburan bagi melatih pekerja dan tidak meluangkan masa yang cukup bagi menyelia pekerja.

-Kemahiran terhad. Usahawan mahir dalam satu bidang sahaja. Sebagai contoh, usahawan produk kraf tangan perlu juga ada pengetahuan dalam aspek komunikasi, pemasaran, komputer, perhubungan awam dan sebagainya.

-Lokasi perniagaan tidak sesuai. Kedai sukar disinggahi ataupun pelanggan sukar pergi ke kedai itu. Misalnya, kedai berada di tengah-tengah persimpangan lampu isyarat ataupun terlindung, menggagalkan perniagaan walaupun barangannya bermutu dan banyak pilihan. Pelanggan juga mungkin tidak terperasan apabila kedai pakaian misalnya, terletak di tingkat atas bangunan.

-Tidak berfikiran jauh. Usahawan tidak berfikiran global dan futuristik atau ke hadapan. Mereka tidak tahu ataupun tidak ambil tahu perkembangan semasa pelbagai aspek perniagaan. Barangan yang dijual ataupun perkhidmatan yang diberikan mungkin terkebelakang daripada segi ciri-cirinya dan mempunyai permintaan yang berkurangan. Usahawan perlu menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa dan ia boleh dilakukan dengan menghadiri kursus serta seminar keusahawanan, mendapatkan nasihat daripada rakan-rakan serta mereka yang pakar dan juga membaca majalah-majalah serta laman web berkaitan usahawan. Majalah Mingguan Wanita misalnya, mempunyai segmen Bina Niaga yang membicarakan kejayaan usahawan tempatan. Usahawan juga boleh membaca majalah Dewan Ekonomi dan melawat laman web seperti www.usahawan.com.

-Kurang pengalaman. Usahawan menjalankan perniagaan dalam bidang yang mereka tidak mahir ataupun tidak minat. Usahawan yang bermula daripada bawah, biasanya lebih berjaya dan kekal lama kerana mereka berpengalaman dalam perniagaan yang dijalankan. Mereka tidak mudah ditipu oleh pelanggan dan pekerja. Mereka juga tidak mudah dikalahkan oleh pesaing.

-Kurang modal kewangan. Perniagaan yang dimulakan tanpa modal yang mencukupi, mungkin menyukarkan usahawan berkembang, mengecewakan pelanggan dan akhirnya menggagalkan perniagaan. Walau bagaimanapun, modal yang sedikit apabila diurus dengan baik, tidak mustahil rezeki secupak menjadi segantang.

-Tiada sistem mengurus akaun yang efisien. Hal ini menyebabkan usahawan tidak tahu kekuatan sebenar perniagaan dan mengesan kelemahan perniagaan pada peringkat awal. Masih ramai usahawan bumiputera tidak mementingkan aspek mengurus akaun dalam perniagaan mereka. Antara sebabnya adalah, mereka gagal memahami bagaimana sistem mengurus akaun yang mantap dapat membantu mereka mengaut untung dan mengelak rugi.

-Terlalu tamak berkembang. Usahawan tidak 'mengukur baju di badan sendiri'. Cawangan yang dibuka tidak kena pada masanya dan tanpa kemampuan kewangan yang mencukupi, menyebabkan usahawan gagal.

-Tiada penyambung kejayaan. Ada perniagaan gagal bertahan lama kerana individu yang bertanggungjawab membangunkan perniagaan, jatuh sakit ataupun meninggal dunia. Malangnya, tiada siapa yang berkebolehan dan terlatih, dapat mengambil alih perniagaannya. Ada perniagaan yang berjaya pada zaman 'pentadbiran' si ayah, tetapi menjadi kucar kacir apabila tampuk 'pemerintahan' diambil alih oleh si anak.

-Rakan kongsi berpecah. Perniagaan yang berpotensi juga boleh gagal akibat rakan kongsi yang tidak sehaluan.

-Sikap negatif usahawan. Perniagaan boleh gagal disebabkan oleh sifat negatif yang dimiliki oleh usahawan seperti hasad dengki, boros, tamak, pemarah, berprasangka, terlalu berahsia dan individualistik.

 

 

 


Posted at 05:51 am by ismailwasi06
Make a comment  

Perdagangan:Pengalaman Peribadi

Pengalaman Peribadi : Bagaimana Saya Mengekalkan Pelanggan Dalam Perniagaan

 

1.         Pengenalan

 

Saya merupakan Ejen Takaful Ikhlas berdaftar dengan Nombor ejen FG07882. Mula menyertai Institusi Insurans ini pada bulan September 2003. Merupakan ejen perintis bagi syarikat ini yang juga ditubuhkan pada awal tahun 2003. Berbekalkan pengalaman dalam beberapa jenis perniagaan sebelum ini, saya mengorak langkah selangkah-demi selangkah untuk berjaya dalam perniagaan ini sehingga hari ini.Walaupun ia merupakan bidang yang baru bagi, namun saya berjaya mengharungi dengan penuh kesabaran. Setelah lulus Peperiksaan Pra-Kontrak Insurans dengan Institut Insurans Malaysia dan lulus Kursus Cereer Induction Program (CIP) saya terus menjalankan perniagaan ini dengan bantuan daripada pengurus agensi dan rakan-rakan saya.

 

Sebelum menceritakan bagaimana saya berjaya mengekalkan pelanggan dalam perniagaan ini,saya akan menceritakan serba sedikit latarbelakang Syarikat Takaful Ikhlas Sendirian Berhad ini. Takaful Ikhlas Sdn Bhd merupakan syarikat yang masih baru dalam industri takaful dan Insurans di Malaysia. Ia Merupakan anak syarikat Malaysian National Reinsurans Berhad atau MNRB. Matlamat penubuhannya ialah menyediakan perkhidmatan yang berteraskan nilai-nilai Islam. Syarikat bertekad membantu para peserta dengan mewujudkan dana simpanan bagi melindungi orang yang disayangi,tanggungan dan asset mereka. Langkah proaktif ini bertujuan memastikan mereka memperolehi jaminan keselamatan dan keyakinan kerana syarikat menawarkan bantuan kewangan di saat mereka memerlukanya.

 

 

 

 

2.         Mengekalkan Pelanggan Dalam Perniagaan

 

Terdapat beberapa kaedah yang diambil oleh saya bagi mengekalkan pelanggan dalam menjual produk-produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Takaful Ikhlas ini. Ia merupakan kaedah-kaedah yang ditetapkan oleh syarikat dan juga hasil daripada kursus-kursus yang dihadiri oleh saya sepanjang menjalankan perniagaan takaful ini. Di bawah merupakan beberapa kaedah-kaedah yang dijalankan oleh saya ketika menjalankan perniagaan. Ia ternyata membantu saya dalam menarik pelanggan serta dapat mengekalkan pelanggan-pelanggan saya sehingga kini.

 

2.1.      Mengutamakan Kualiti Produk dan Perkhidmatan

 

Persoalan berkaitan kualiti barangan dan perkhidmatan sering dijadikan kayu pengukur terhadap keupayaan seseorang peniaga di dalam memenuhi citarasa dan kehendak pelanggan. Ia berikutan kebanyakan pelanggan pada masa kini rata-ratanya cukup teliti di dalam membuat pilihan, mengguna serta menilai sesuatu perkara, khususnya yang bersangkutan dengan kualiti produk dan perkhidmatan yang ditawarkan. Satu ketika dahulu, khususnya era pasca Perang Dunia Kedua, pasaran dunia dilambakkan dengan pelbagai jenis produk mahupun perkhidmatan yang hanya memfokuskan kepada kuantiti tetapi tidak kepada kualitinya.

           

Keadaan ketika itu tidak dapat disamakan dengan keadaan semasa. Kebanyakan pihak pada masa itu lebih menumpukan kepada usaha-usaha pembangunan negara di samping memenuhi keperluan fisiologi penduduk-penduduknya. Namun begitu masyarakat secara beransur-ansur mula mempersoalkan isu kualiti yang diberikan kepada pelanggan oleh peniaga. Lebih-lebih lagi apabila faktor kepuasan pelanggan terhadap mutu produk dan perkhidmatan diambil kira sebagai salah satu kriteria oleh pelanggan. Melalui pengalaman saya ini,saya akan memberikan penerangan yang jelas mengenai produk dan perkhidmatan kepada pelanggan bagi mengambarkan produk-produk Takaful Ikhlas ini. Jika tidak pelanggan akan beralih kepada Produk Takaful yang lain atau produk Insurans konvesional.

 

2.2.      Mengutamakan Pelanggan

 

Pasaran hari ini menyaksikan kebanyakan organisasi berlumba-lumba memenangi hati para pelanggannya. Kita boleh mengatakan bahawa senjata utama yang berupaya menundukkan hati pelanggan ialah keupayaan memenuhi dan memahami kehendak mereka. Ini bermaksud sebagai Wakil jualan Takaful Ikhlas dan Syarikat sendiri akan bertekad untuk mendapatkan keyakinan para pelanggan menerusi reputasi perkhidmatan terbaik dengan menawarkan perkhidmatan tuntutan pampasan yang tepat dan cekap serta memastikan kestabilan kedudukan kewangan syarikat. Ini akan menjadi asas untuk menjamin keyakinan pelanggan. Setiap produk dan perkhidmatan yang dijual adalah yang mengutamakan pelanggan terlebih dahulu.

 

2.3.      Menggunakan Masa Memenangi Hati Pelanggan

Dalam perniagan yang dijalankan oleh saya,tidak banyak masa di habiskan untuk memikirkan kaedah melawan pesaing. Apa yang di lakukan adalah dengan hanya mengunakan masa untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan saya. Memikirkan kaedah berkesan melawan pesaing kita hanya akan membuatkan perasaan semakin bimbang dan tidak dapat menumpukan sepenuhnya kepada memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan . Mungkin wang ringgit dan tenaga lebih banyak dihabiskan untuk melawan pesaing-pesaing ini. Selama pengalaman saya dalam perniagaan takaful,saya tidak pernah takut pada pesaing. Walau pun mungkin saya tidak mampu melawan mereka dari beberapa perkara kerana mungkin terdapat kekurangan dari beberapa sudut.

Tetapi, dengan memberikan segala perkhidmatan terbaik kepada pelanggan ,sudah cukup untuk membuatkan saya memastikan pelanggan sentiasa bersama-sama saya.Dengan memberikan apa yang pelangan mahukan dan sentiasa menunjukkan komitmen  seratus-peratus bahawa saya sentiasa bersedia memberikan khidmat sepenuhnya kepada mereka. Inilah senjata utama  saya dalam mengekalkan pelanggan hingga ke hari ini.

 

2.4.      Harga Barangan

 

Harga barangan dan perkhidmatan yang berpatutan, efisien dan efektif . Melalui jualan produk-produk takaful sama ada Takaful Am atau Keluarga ia bergantung kepada kemampuan pelanggan untuk menyertainya seterusnya membeli produk ini. Produk-produk yang dijual juga adalah berdaya saing dengan syarikat-syarikat lain. Harga produk yang mengikut kemampuan akan membantu menarik pelanggan untuk membeli seterusnya menperkenalkan kepada rakan-rakan mereka. Pelanggan-pelanggan akan terus mendapatkan produk-produk yang dijual tanpa perlu beralih kepada produk takaful dan insurans konvesional yang lain. Selain itu,nilai produk adalah berpatutan dengan jumlah perlindungan dan dividen pelaburan dalam produk-produk yang dijual kepada pelanggan.

 

2.5.      Perkhidmatan Lepas Jualan

 

Namun begitu, perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan amat penting dalam apa jua perniagaan termasuklah dalan industri takaful ini. Bagi memastikan syarikat mampu memenuhi aspek kualiti kepada pelanggannya, satu penilaian yang menyeluruh perlu dilakukan oleh pihak pengurusan.

 

Untuk menjuarai aspek perkhidmatan pelanggan yang dijamin kualitinya, Pihak pengurusan telah memastikan seluruh warga kerja mengetahui akan tugas dan tanggungjawap masing-masing. Ia perlu diterap dan disuburkan di dalam diri setiap wakil jualan sehingga menjadi rutin di dalam pekerjaan seharian. Malahan Syarikat banyak membantu dalam menyelesaikan masalah-masalah berbangkit selepas jualan. Antaranya ialah berkaitan tentang masalah-masalah tentang ketidak jelasan dalam polisi perjanjian, tambahan belian produk ,tuntutan kemalangan dan penyakit dan sebagainya. Perkhidmatan lepas jualan yang baik akan menambahkan keyakinan pelanggan terhadap produk dan perkhidmatan yang dijual.

           

2.6.      Menggangap Pelanggan Rakan Kongsi Strategik

 

Selain itu aspek bantuan kepada pelanggan turut berperanan di dalam memenangi hati mereka sekaligus menjadi penentu kepada jatuh atau bangunnya sesebuah perniagaan itu. Keadaan pada hari ini memerlukan peniaga/usahawan menukar persepsi lapuk yang beranggapan pelanggan sebagai golongan naif kepada pelanggan sebagai rakan kongsi strategik. Sekiranya terdapat sebarang aduan ataupun rungutan, ia perlulah ditangani dengan sebijaknya. Keupayaan menangani masalah yang dihadapi oleh pelanggan akan memberikan nilai tambah kepada barangan mahupun perkhidmatan yang diberikan oleh peniaga secara tidak langsung. Pelanggan-pelanggan yang merasai mereka dihargai akan terus mewujudkan satu hubungan tidak langsung. Ia akan berjaya mengekalkan saya dengan pelanggan secara lebih dekat lagi.

           

2.7.      Teknik Berkomunikasi Dengan Pelanggan

 

Aspek kualiti juga banyak bergantung kepada corak komunikasi yang berlangsung di antara saya dengan pelanggannya. Dalam hal ini, komunikasi saya – pelanggan mestilah konsisten. Mereka akan berasa kurang senang sekiranya terdapat perbezaan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan berbanding dengan yang telah diiklankan. Di sini kepercayaan pelanggan tidak boleh dijual beli. Ia adalah satu etika perniagaan yang nampaknya mudah tetapi hakikatnya memerlukan pemantauan yang teliti dan diambil berat. Kita juga tidak mahu pelanggan tersinggung dengan cara layanan yang diberikan. Di sini tidak hairanlah terdapat Syarikat Takaful Ikhlas sanggup membelanjakan ribuan ringgit dengan menghantar ejen-ejen dengan menghadiri kursus komunikasi yang berkesan.Contoh komunikasi yang menarik ialah : Assalamualikum encik, nama Saya Ismail Wasi dari Takaful Ikhlas. Takaful Ikhlas baru sahaja memperkenalkan pelan simpanan bagi kanak-kanak yang mana ia sungguh bernilai kepada mereka yang telah saya temui. Saya percaya ia juga sesuai untuk anda.... .Banyak lagi contoh-contoh komunikasi yang baik untuk mengekalkan pelanggan dalam perniagaan ini.

 

2.8.      Produk Halal dan Perniagaan Berteraskan Nilai-Nilai Islam

 

Produk-produk yang dijual merupakan produk yang halal dan dipantau oleh majlis pengawasan Syariah Syarikat dan Bank Negara. Melalui produk-produk yang halal ini,ia dapat meyakinkan pelanggan seterusnya berjaya mengekalkan pelanggan dengan produk ini. Prinsip-prinsip dan nilai-nilai Islam yang di pegang dalam pengurusan syarikat dan wakil-wakil jualan akan menjadi panduan untuk berjaya dalam perniagaan serta membantu saya menghadapi masa depan. Saya akan memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dengan jelas iaitu berkaitan dengan kebersihan dan tidak diragui. Pelanggan yang yakin dengan status halal ini akan memberi kepercayaan yang sepenuhnya dan seterusnya akan menjadi pelanggan tetap.

 

2.9.      Promosi dan Pengiklanan

 

Kejayaan dalam perniagaan juga bergantung kepada promosi dan pengiklanan yang dijalankan. Melalui promosi dan pengiklanan pelanggan-pelanggan akan mudah didekati seterusnya memudahkan produk dijual. Melalui promosi dan pengiklanan,ia secara tidak langsung mendekatkan saya dengan pelanggan. Pelanggan-pelanggan juga akan mudah untuk mendapatkan maklumat-maklumat terbaru tentang produk-produk yang dijual. Walau pun Syarikat Takaful Ikhlas telah menjalankan promosi dan pengiklanan besar-besaran ,ia tidak bermakna wakil jualan seperti saya harus berdiam diri. Sebagai peniaga saya perlu mempromosi cara yang tersendiri. Melalui promosi dan pengiklanan yang dibuat oleh syarikat ia hanya secara umum sahaja. Ini bermakna bagi mengekalkan pelanggan saya perlu melakukan promosi dan pengiklanan yang lebih terancang dan berkesan. Antaranya saya akan menyediakan brosur-brosur,melekatkan kain pemidang,iklan secara pos atau melalui laman web yang dibina. Melalui cara ini pelanggan akan terus membeli produk melalui saya sendiri dan tidak melalui wakil jualan yang lain.

 

Kekuatan promosi dan pengiklanan yang dibut sendiri ialah ia memudahkan saya memperkenalkan produk-produk baru. Saya juga dapat mempengaruhi dan memujuk pengguna untuk memiliki produk yang dijual seterusnya dapat meningkatkan jualan dan keuntungan.

 

2.10.    Ketrampilan dan Keyakinan

 

Untuk menjadi peniaga yang hebat dan diyakini oleh pelanggan, saya akan menampilkan imej dan keyakinan secara maksimum ketika berurusan dengan pelanggan. Walau pun ia menjadi sebahagian daripada etika setiap wakil jualan Syarikat Takaful Ikhlas, saya akan berusaha sedaya upaya untuk menampilkan sesuatu yang boleh menambahkan keyakinan pelanggan untuk berurusan dengan saya. Keyakinan diri ketika berkomunikasi dengan pelanggan juga mampu mempengaruhi mereka untuk setia bersama-sama dengan kita.

3.0       Ciri-Ciri Jualan Produk dan Perkhidmatan Yang Berjaya Mengekalkan Pelanggan

Penglibatan saya dalam penjualan dan pemasaran produk dan perkhidmatan Takaful ialah memberi perhatian utama kepada ciri-ciri produk dan perkhidmatan itu sendiri. Ini berbeza dari pemasaran produk konvensional di mana lebih tumpuan diberi kepada penghasilan produk sahaja. Ramai peniaga bersetuju bahawa perniagaan dan pemasaran produk dan perkhidmatan sama ada takaful  atau konvesional memerlukan perhatian yang istimewa kerana ciri-ciri tertentu yang mana boleh diringkaskan seperti berikut:

3.1.      Intangibility

Perkhidmatan tidak dapat dilihat sebelum digunakan dan tidak pula boleh dipamerkan di dalam sesuatu shelf seperti produk fizikal. Ini bermakna adalah sukar bagi pengguna untuk melihat atau memeriksa kualiti sesuatu perkhidmatan sebelum secara aktif mengguna atau mengalaminya. Dengan itu, usaha bagi mempromosikan sesuatu perkhidmatan itu mungkin lebih penting berbanding dengan sesuatu produk.

3.2.      Inseparability

Di dalam sesuatu perkhidmatan aspek pengeluaran dan penggunaan tidak dapat dipisahkan. Ia digunakan pada masa yang sama ianya dikeluarkan. Dengan itu, kualiti produk dan perkhidmatan menjadi sebahagian daripada proses penghasilannya.

3.3.      Heterogeneity

Wujud kepelbagaian output produk dan perkhidmatan dari pelbagai interaksi di antara penyedia perkhidmatan dengan pengguna/pelanggan. Lazimnya, tidak ada dua pengalaman yang serupa dilalui apabila perkhidmatan yang sama disampaikan. Contohnya, dua orang pesakit yang menerima perkhidmatan yang sama dari sebuah klinik kerajaan mungkin mempunyai persepsi yang berbeza terhadap perkhidmatan yang disediakan atau pengalaman yang mereka lalui.

3.4.      Perishability

Sesuatu produk dan perkhidmatan yang diberi kepada seseorang pengguna atau sekumpulan pengguna tidaklah boleh disimpan untuk digunakan kemudian seperti lazimnya pada barangan fizikal. Sesuatu perkhidmatan hendaklah disediakan pada satu masa tertentu dan kegagalan mematuhinya bererti pembatalan temujanji dan seterusnya akan menyebabkan kehilangan hasil. Masalah ini ditambah lagi kerana kewujudan sifat permintaan produk dan perkhidmatan itu yang dicirikan oleh waktu atau musim permintaan yakni tinggi atau pun rendah. Sebagai contoh, orang ramai cenderung menggunakan perkhidmatan takaful  pada musim perayaan yang menyebabkan insurans konvesional terpaksa melakukan promosi besar-besaran di merata-rata tempat..Implikasi kepada penyedia produk dan perkhidmatan ini adalah untuk memahami masa yang paling sesuai dan selesa dalam menyediakan produk dan perkhidmatan dan seterusnya menggunakan teknik-teknik promosi serta harga (pricing) untuk menggalakkan permintaan pada waktu atau musim tertentu.

4.         Penutup

Pada dasarnya,bukan mudah untuk mengekalkan pelanggan pada setiap masa. Jika dilihat di dalam penulisan-penulisan buku,teori-teori yang diperkenalkan nampak seperti mudah untuk dipraktikan,namun hakikatnya ada pada setiap pengalaman peniaga atau usahawan itu sendiri. Secara ringkasnya ,antara kaedah-kaedah atau cara untuk mengekalkan pelanggan mengikut pengalaman yang dilalui oleh saya sendiri adalah seperti berikut:

-         menutamakan kualiti produk dan perkhidmatan.

-         mengutamakan pelanggan.

-         menggunakan masa memenangi hati pelanggan.

-         harga barangan.

-         perkhidmatan lepas jualan.

-         menggangap pelanggan rakan kongsi strategik.

-     teknik berkomunikasi dengan pelanggan.

-     produk halal dan perniagaan berteraskan nilai-nilai islam.

-     promosi dan pengiklanan.

-     ketrampilan dan keyakinan diri

 

Jualan produk dan perkhidmatan yang dijalankan pada asasnya adalah berkaitan dengan memadankan (matching) berbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh individu atau sesebuah organisasi dengan kehendak-kehendak pelanggan bagi mencapai objektif-objektif utama peniaga. Aktiviti-aktiviti yang digariskan di bawah konsep pemasaran seharusnya menjadi panduan untuk membangunkan keupayaan dalaman (internal capacity building) peniaga dari segi pembentukan misi dan visi serta objektif, di samping pembaikan struktur, peningkatan kompetensi, proses kerja dan standards, sistem pengurusan kewangan dan pengurusan budaya kerja. Strategi-strategi pemasaran yang dirangka dalam menyampaikan perkhidmatan perlulah memberi perhatian kepada ciri-ciri atau sifat kualiti perkhidmatan. Semua ini amat penting dalam mewujudkan persekitaran yang baik antara peniaga dengan pelanggan seterusnya menyakinkan pelanggan itu sendiri dengan produk dan perkhidmatan yang dijual. Oleh itu,pelanggan dapat dikekalkan dan ia tidak mungkin beralih kepada produk dan perkhidmatan yang lain.

 

 

 


Posted at 05:50 am by ismailwasi06
Comments (5)  

Laporan kerja Fabrikasi Logam

Disediakan oleh En Ismail Wasi Bin Ahmad Shafawi

PENGENALAN

 

 

 

Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta objek untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan dalam penghasilan bahan citaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin. Ini kerana terdapat mesin yang digunkan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan dikawan rumah.

 

Ketika melakukan kerja-kerja fabriokasi logam keselamatan diri, bahan dan temapt amat penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jika tidak pastinya segala kerja yang dilkukan akan mendatangkan malapertaka dan bukannya membantu dalam kegunaan harian. Pekara ini perlulah dititik beratkan agar tujuan kerja fabrikasi logam yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif penghasilannya.

 

Disini kami ingin menerangkan serba sedikt mengenai keadah penghasilan, langkah keselamatan diri, bahan dan tempat untuk kerja fabrikasi logam iaitu pengasilan kotak ubat atau koatk menyimpan alatan. Ia bertujuan untuk membantu kepada mereka yang gemar melakukan sesuatu benda untuk kegunaan diri dengan hasil usaha sendiri. Diharap dengan apa yang dipaparkan akan dapat membatu mereka yang ingin mencubanya. Selamat maju jaya….

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH KESELAMATAN

 

a)                  Diri

 

i.                     Pakaian pakaian yang sesuai.

ii.                   Gunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.

iii.                  Jangan bermain ketika melaukan kerja yang melibtakan mesin atau alatan yang tajam

iv.                 Pakai gogel ketika ketika yang melibatkan mesin dilakukan.

v.                   Pakai sarung tangan ketika menggunakn alatan tangan

 

b)                  Tempat

 

i.                     Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

ii.                   Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

iii.                  Pastikan tempat berkerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.

iv.                 Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.

 

 

c)                  Alatan

 

i.                     Pastikan alatan sentiasa berminyak.

ii.                   Jangan berebut ketika menggunkan alatan terutama alatan yang tajam.

iii.                  Jauhkan diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.

iv.                 Susun alatan selepas menggunakan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

ALATAN YANG DIGUNAKAN

 

 

Alatan tangan digunakan untuk memudahkan kerja. Disamping itu juag ia digunakan untuk mengelakkan kecederaan kepada anggota badan. Alatan tangan yang ada jika tidak digunakan dengan betul pasti akan mengakibatkan kemalangan atau kecederaan. Antara alatan tangan yang digunakan untuk kerja fabrikasi logam dalam penghasilan kotak ubata atau alatan tangan ialah :

 

Bil

Nama Alatan

Kegunaan

1

Penggarit

 

 

Membuat tandaan pada bahan projek

2

Gunting pemotong

 

 

Memotong bahan yang telah ditanda

3

Pembaris keluli

 

 

Membuat garisan

Menanda ukuran bahan

4

Pistol rivet

 

Memasang rivet pada bahagian projek

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

MESIN YANG DIGUNAKAN

 

Mesin merupakan alatan yang digunakan untuk membatu kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan menggunakan tenaga manusia. Disamping itu juga ia bgertujuan untuk menjimatkan masa ketika kerja-kerja dilakukan. Ia perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Ini kerana mesin yang digunakan berbahaya jika tidak mengikut langkah keselamatan yang digunakan . antara mesin yang digunakan dalam penghasilan kotak ubat atau alatan ialah :

 

 

Bil

Nama Mesin

Kegunaan

1

Hydraulic shear

 

 

Memotong bahan

2

 

Folding mesin

 

 

 

 

 

 

 

Membengkokkan bahagian projek

3

Sporter

 

Melekapkan bahagian bahan projek

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

LANGKAH KERJA

 

 

Bagi tujuan melakukan sesuatu projek dengan mudah dan berkesan tanpa membuang masa, kita perlulah merancang langkah kerja. Disamping itu juga ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang bakan mengakibatkan pembaziran bahan kerja. Bahan kerja yang digunakan adalah mempunyai kos yang agak amahal kerana ia tidak boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.

 

Berikut adalah langkah kerja yang mesti dapatuhi untuk mengelakkan pembazikaran dan kemalangan :

 

Bil

Langkah

1

Membaca plan bahan projek

 

 

 

 

 

2

Mengenalpasti ukuran dan bahagian yang diperlukan

 

3

Membuat tandaan pada bahagian projek

 

 

4

Memotong bahan projek mengikut bahagian yang diperlukan

 

 

 

5

Membengkokkan bahagian yang telah ditanda dan dipotong

 

6

Melekapkan bahagian badan projek

 

7

Membuat cantuman bahagian badan dengan tapak projek dengan menggunakan rivet

 

Posted at 05:49 am by ismailwasi06
Make a comment  

Kimpalan dan Fabrikasi logam

 

Oleh : Ismail Wasi Bin Ahmad Shafawi

Untuk : Kerja Kursus Kimpalan dan Fabrikasi Logam

Btec edu ( L.Skills)

 

Fabrikasi Logam

 

1.0       Pengenalan Kepada Fabrikasi Logam

 

Fabrikasi logam merupakan kerja yang banyak dilakukan untuk membuat dan mencipta objek/barangan untuk kegunaan seharian. Disamping itu juga ia banyak digunakan dalam penghasilan bahan ciptaan yang baru. Kerja-kerja fabrikasi logam biasanya dijalankan di bengkel kerana ia banyak menggunakan alatan tangan serta mesin. Ini kerana mesin yang digunakan terlalu besar dan tidak sesuai untuk diletakkan di kawasan rumah.

 

Ketika melakukan kerja-kerja fabrikasi logam keselamatan diri, bahan dan tempat amat penting bagi mengelakkan kecelakaan dan kemalangan berlaku. Jika tidak, pastinya segala kerja yang dilakukan akan mendatangkan malapetaka dan bukannya membantu dalam kegunaan harian. Pekara ini perlulah dititikberatkan agar tujuan kerja fabrikasi logam yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif penghasilannya.

 

Di sini kami ingin menerangkan serba sedikit mengenai kaedah penghasilan, langkah keselamatan diri, bahan dan tempat untuk kerja fabrikasi logam iaitu pengasilan kotak ubat atau kotak menyimpan alatan. Ia bertujuan untuk membantu kepada mereka yang gemar melakukan sesuatu benda untuk kegunaan diri sendiri dengan hasil usaha sendiri. Diharap dengan apa yang dipaparkan akan dapat membantu mereka yang ingin mencubanya.

 

1.2       Langkah Keselamatan

 

a)                  Diri

 

i.                     Pakaian pakaian yang sesuai.

ii.                   Gunakan kasut bertutup ketika melakukan kerja.

iii.                  Jangan bermain ketika melaukan kerja yang melibtakan mesin atau alatan yang tajam

iv.                 Pakai gogel ketika ketika yang melibatkan mesin dilakukan.

v.                   Pakai sarung tangan ketika menggunakn alatan tangan

 

b)                 Tempat

 

i.                     Pastikan lantai kering, tidak berminyak ketika melakukan kerja.

ii.                   Pastikan jarak yang sesuai ketika menggunakan kerja.

iii.                  Pastikan tempat berkerja tidak bersepah ketika melakukan kerja.

iv.                 Kemaskan tempat selepas kerja dilakukan.

 

c)                  Alatan

 

i.                     Pastikan alatan sentiasa berminyak.

ii.                   Jangan berebut ketika menggunkan alatan terutama alatan yang tajam.

iii.                  Jauhkan diri dari rakan ketika melakukan kerja permotongan.

iv.                 Susun alatan selepas menggunakan.

1.3       Alatan Yang Digunakan

 

Alatan tangan digunakan untuk memudahkan kerja. Disamping itu juag ia digunakan untuk mengelakkan kecederaan kepada anggota badan. Alatan tangan yang ada jika tidak digunakan dengan betul pasti akan mengakibatkan kemalangan atau kecederaan. Antara alatan tangan yang digunakan untuk kerja fabrikasi logam dalam penghasilan kotak ubata atau alatan tangan ialah :

 

Bil

Nama Alatan

Kegunaan

1

Penggarit

 

 

Membuat tandaan pada bahan projek

2

Gunting pemotong

 

 

Memotong bahan yang telah ditanda

3

Pembaris keluli

 

 

Membuat garisan

Menanda ukuran bahan

4

Pistol rivet

 

Memasang rivet pada bahagian projek

 

1.4       Mesin Yang Digunakan

 

Mesin merupakan alatan yang digunakan untuk membatu kerja-kerja yang tidak dapat dilakukan menggunakan tenaga manusia. Disamping itu juga ia bgertujuan untuk menjimatkan masa ketika kerja-kerja dilakukan. Ia perlu digunakan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kemalangan. Ini kerana mesin yang digunakan berbahaya jika tidak mengikut langkah keselamatan yang digunakan . antara mesin yang digunakan dalam penghasilan kotak ubat atau alatan ialah :

 

Bil

Nama Mesin

Kegunaan

1

Hydraulic shear

Memotong bahan

2

Folding mesin

Membengkokkan bahagian projek

3

Sporter

Melekapkan bahagian bahan projek

 

1.5       Langkah Kerja

 

Bagi tujuan melakukan sesuatu projek dengan mudah dan berkesan tanpa membuang masa, kita perlulah merancang langkah kerja. Disamping itu juga ia bertujuan untuk mengelakkan berlakunya kesilapan yang bakan mengakibatkan pembaziran bahan kerja. Bahan kerja yang digunakan adalah mempunyai kos yang agak amahal kerana ia tidak boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.

 

Berikut adalah langkah kerja yang mesti dapatuhi untuk mengelakkan pembazikaran dan kemalangan :

 

Bil

Langkah

1

Membaca plan bahan projek

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2

Mengenalpasti ukuran dan bahagian yang diperlukan

 

3

Membuat tandaan pada bahagian projek

4

Memotong bahan projek mengikut bahagian yang diperlukan

 

5

Membengkokkan bahagian yang telah ditanda dan dipotong

 

6

Melekapkan bahagian badan projek

 

7

Membuat cantuman bahagian badan dengan tapak projek dengan menggunakan rivet

 

8

Posted at 05:45 am by ismailwasi06
Comments (4)  





   

<< January 2012 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:




rss feed